
Sulit
5 tahun
Perlukah ke klinik sekiranya menghadapi batuk berterusan dan mengakibatkan sakit tekak
Saya berusia 35 tahun, bertugas sebagai frontliner di pejabat kerajaan sebelum pkp. Dalam tempoh pkp sering batuk kuat dan mengakibatkan sakit tekak. Batuk tidak berkahak. Demam dan selsema tiada. Mengambil ubat batuk prospan tetapi tidak
Berkurangan. Perlukah ke klinik untuk mengambil antibiotik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Gejala batuk dan sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COVID-19. Antaranya:
- Tonsillitis
- dehidrasi
- jangkitan influenza
- jangkitan pharynx
- pneumonia
- COPD
- Tuberkulosis
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Hospital kerajaan ada menyediakan ujian saringan secara percuma, namun, jika anda tidak berisiko tinggi, anda akan dihantar pulang dan tidak disaring. Hal ini kerana ujian itu perlu mendahulukan golongan yang berisiko tinggi seperti sejarah perjalanan keluar negara dan kontak rapat.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.