
Sulit
4 tahun
Perlukah makan tetap makan pil ketika period?
Hai…saya nak bertanya mengenai pil pil perancang marvelon.perlukah makan pil tersebut jika period? Atau makan semula selepas period habis?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan dokto
Untuk pengetahuan puan, 1 strip pil perancang mempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Akan tetapi, apabila anda memulakan pil midcycle (bukan hari pertama haid), anda berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.