
Sulit
3 tahun
Perlukah saya menjalani ujian kehamilan sekali lagi
saya wanita 20an saya mengalami period seperti biasa namum pada bulan lepas iaitu bulan august period saya hanya keluar sangat sedikit seperi warna merah cair dan hanya keluar pada hari pertama sahaja dan tidak keluar selepas itu. saya tidak menjalani mana mana hubungan seksual dan saya juga telah melakukan ujian kehamilan dan keputusan adalah negative namum saya dapati perut saya sedikit buncit dari kebiasaannya dan saya juga telah mengambil ubat cacing pada 2 hari lepas. adakah kesan perut saya membesar sedikit disebabkan ubat cacing atau saya hamil? dan perlukah saya menjalani ujian kehamilan sekali lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, ubat cacing tidak akan mempengaruhi haid dan mungkin dapat menyebabkan kesan sampingan seperti ketidakselesaan perut, cirit-birit, sakit kepala, loya dan muntah.
Selain itu, sekiranya anda tidak pernah menjalani hubungan dengan sesiapa pasangan, anda tidak akan hamil dan ujian kehamilan akan menunjukkan keputusan negatif.
Sekiranya ini adalah kejadian pertama gejala anda, mungkinnya ia bukan disebab oleh penyakit dan anda boleh tunggu dan memantau kitaran haid anda untuk bulan depan. Sekiranya haid anda tidak kembali seperti biasa atau anda bergejala lain, sila merujuk kepada doktor dengan lanjut untuk mengetahui punca penyebabnya serta bincangkan rancangan rawatan yang sesuai untuk anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.