Sulit
4 tahun
Pernafasan kadang kadang kirang selesa
Selamat tgh hari dr… Maaf bertanya… Boleh ke batuk batuk menyebabkan kita rasa macam dada tak selesa dan pernafasan rasa tak selesa… Sebab sebelum ni saya dh buat ujian test air liur dan keputusan negatif… Saya pun dh buat pcr keputusan pun negatif… Adakah saya mengalami semput dr?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, batuk berjangka panjang boleh menyebabkan dada dan pernafasan tidak selesa sebab keletihan dan kelesuan otot pernafasan. Namun, batuk boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Semput atau asma (sekiranya bergejala selama 3 bulan, penyelidikan mengecualikan punca lain dan ubat steroid dapat mengawalkan gejala anda).
- Jangkitan (kuman, virus atau kulat)
- Alahan
- Penyakit paru-paru seperti COPD, parut dan lain (biasanya sesiapa yang merokok bertahun-tahunan)
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit esofagus
- Penyakit gastrik
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, kami menyarankan anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Paru-paru.



































