
Sulit
4 tahun
Pernafasan yang terasa semakin sempit
Saya wanita umur 20 tahun mengalami masalah rasa seperti hidung tersumbat setiap kali ingain baring mahupun sujud.tapi tiada gejala demam/ selsema mahupun batuk.dan badan juga terasa berat.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.