
Sulit
4 tahun
Pernah membuat pembedahan cyst 5 bulan lepas
sakit mencucuk-cucuk di bahagian perut kiri,kerap rasa loya & sakit kepala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda mempunyai pelbagai masalah yang anda hadapi. Pertama sekali, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepalatergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis akut- boleh mengambil 2-10 hari untuk sembuh
- Gastroespohageal reflux disease (GERD) apabila asid perut naik ke esofagus
- Peptic ulcer disease adalah apabila terdapat luka perut
- Infectious gastroenteritis akibat jangkitan
- Chronic appendicitis
- Lactase deficiency yaitu kekurangan sejenis enzim perut
- Pelvic inflammatory disease
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami kami secara atas talian.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.