
Sulit
4 tahun
Perot sakit dan badan berbau
nama saya miya berumur 23 tahun, saya ingin bertanya kenapa dalam beberapa hari ni perot saya sakit cucuk2 kdg sakit tu dkt belah kiri kdg dkt belah kanan. lepastu kenapa badan saya ber berbau? tapi taktau punca dari apa. bila saya lalu dkt lrg nanti lam2 org akan selsema. kdg lalat masuk ke dalam rumah. itu disebabkan apa ye dpctor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut di bahagian tengah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Bagi masalah badan berbau, ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:
- pakaian yang tidak dicuci
- kuat berpeluh
- kurang pengudaraan dalam rumah
- badan bernanah dan dijangkiti kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.