
Sulit
4 tahun
Persoalan ubat berkenaan sakit perut
saye lelaki 21 …saye telah mengalami sakit perut yang pedih sudah berjumpe doktor dan saye diberikan ubat …soalan dia ubat ini bernama (primodium loperamide 2 mg,mefenamic 500 mg…sesuai untuk sakit perut gastrik?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sakit perut yang pedih boleh disebabkan oleh berbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- stress otot yang berlebihan
Umumnya, Loperamide & Mefenamic acid merupakan salah satu ubat yang sering digunakan dalam rawtaan sakit perut. Justeru, selain meneruskan pelan pengubatan yang telah diberikan, anda juga disarankan untuk
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor anda secepatnya sekiranya gejala bertambah atau tetap berterusan
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.