
Sulit
4 tahun
Pertama kali haid datang lambat
Saya wanita berumur 24tahun. Saya ingin bertanya kenapa haid saya datang lambat pada bulan ini? Sedangkan saya tidak pernah mengalami sebarang masalah tentang kitaran haid, dan saya mempunyai kitaran haid yang sangat normal. Saya tidak melakukan hubungan seksual atau sebagainya. Boleh saya tahu punca?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada mengandung, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya anda masih ragu dengan kondisi anda, saya menasihatkan anda berjumpa dengan doktor di klinik bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!