
Sulit
4 tahun
Pertanyaan HIV umur 19
Saya lelaki 19 tahun. Dlm 1 minggu ada 4 kr 5 kali berak dengan berair. Tetapi setiap hari mesti berak. Adakah ni hiv? Saya ada melakukan sex pada awal julai dan telah test hiv test kit selepas 21 hari dan adalah negatif. Sye skrg juga ada kulit merah dlm 4 n 5 biji adakah ni hiv juga? Merah tu dh 1 minggu x sakit n merah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dnegan kami untuk bertanyakan soalan. Saya fahami kebimbangan anda tentang simptom yang anda alami sekarang. Saya akan cuba untuk membantu anda memahami sedikit sebanyak tentang penyakit HIV.
Untuk makluman anda, HIV pada peringkat awal tidak menunjukkan simptom yang spesifik. Hal ini kerana sistem imunisasi badan masih kuat untuk melawan virus tersebut. Namun sebahagian pesakit mungkin mengalami simptom berikut pada peringkat awal jangkitan HIV:
- Demam
- Batuk
- Sakit otot
- Sakit tekak
- Keletihan
- Ulser mulut
Namun demikian, simptom simptom yang dinyatakan diatas adalah tida spesifik hanya untuk pesakit HIV kerana simptom ini sangat biasa dialami oleh seseorang individu. HIV hanya boleh disahkan melalui ujian darah di makmal, klinik atau hospital.
Jangan biarkan penyakit kelamin menghantui anda ! Dapatkan nasihat pakar yang bertauliah.
Antara jenis ujian darah yang boleh dilakukan adalah :
- Ujian asid nukleik boleh mengesan jangkitan HIV 10-33 hari selepas pendedahan.
- Ujian kombinasi antigen/antibodi bagi darah yang diambil dari vena boleh mengesan jangkitan HIV 18-45 hari selepas pendedahan. Ujian menggunakan darah dari jari telunjuk mengambil masa yang lebih lama untuk mengesan HIV (18-90 hari selepas pendedahan).
- Ujian antibodi biasanya mengambil masa 23-90 hari untuk mengesan jangkitan HIV. Kebanyakan ujian cepat dan ujian rumah yang boleh dibeli adalah jenis ujian antibodi.
Bagi mencegah penyakit HIV, anda disarankan untuk melakukan hubungan seks secara sihat dan selamat seperti memakai kondom dengan betul dan tidak bertukar tukar pasangan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Saya menasihatkan anda untuk berkunjung ke klinik atau hospital berdekatan bagi menjalani pemeriksaan lebih lanjut tentang simptom yang anda alami. Saya juga menasihatkan anda untuk menjalankan ujian darah bagi mengesahkan penyakit HIV.
Anda juga boleh berhubung dengan kami di link (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi secara peribadi dengan Pakar. Terima Kasih.