
Sulit
4 tahun
Pertanyaan mengenai hubungan intim
Hi doctor saya berumur 30 tahun… Baru berkahwin dah dua bulan…saya dengan suami belum bersama lagi… Setiap kali dia nak buat seks saya tidak dapat cooperate sebab saya takut sakit… Saya dengar ada rawatan pembukaaan faraj gunakan dilator…ada tak klinik mana² yang bole saya buat rawatan ni

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda berdua. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Takut untuk berhubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- fasa awal yang normal dalam alam perkahwinan
- rasa malu atau tidak biasa
- overthinking, was-was atau kurang percaya diri
- ganguan psikososial yang lain
Umumnya sakit buat pertama kali adalah normal namun jika sering ia boleh menandakan masalah alat kelamin (i.e. jangkitan kuman, vaginismus , dll.) Selain dari jangkitan kuman, kesemua gangguan diatas boleh hilang perlahan-lahan dengan waktu. Berbincanglah dengan pasangan agar anda dapat meningkatkan keyakinan diri.
Selain itu, penggunaan painkiller perlu mendapatkan nasihat doktor, namun anda juga boleh cuba mengurangkan rasa sakit dengan:
- memastikan kelamin pihak wanita telah siap untuk penetrasi
- menggunakan bahan pelincir atau lubricant
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- kosongkan pundi kencing sebelum melakukan hubungan
Namun sekiranya gejala berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah