
Sulit
5 tahun
Pertanyaan mengenai penyakit sifilis
Hi Dr. Saya dan pasangan disahkan positif sifilis Dan telah mendapat rawatan suntikan antibiotik di klinik kesihatan. Saya mempunyai beberapa pertanyaan yang menjadi kebimbangan saya dan pasangan. Pertama, apakah tempoh sebenar seseorang itu disahkan bebas sifilis setelah mendapatkan rawatan? Kedua, adakah saya boleh menghidap HIV kerana saya khuatir saya menerima jangkitan dari mereka yang turut menghidap HIV dan sifilis? Adakah sifilis lebih mudah dikesan di dalam darah berbanding HIV atau bagaimana? Namun, untuk pengetahuan Dr, ujian darah yang dijalankan menunjukkan saya negatif HIV. Saya cuma khuatir saya akan terkena HIV dalam senyap tanpa Dr dapat mengesannya. Ketiga, setelah saya dan pasangan disahkan sembuh, apakah kami boleh melakukan hubungan kelamin tanpa kondom? Dan adakah kami berpeluang untuk mendapatkan anak yang sihat atau tidak? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sebagaimana yang telah saya terangkan sebelum ini, sekiranya anda telah bebas dari gejala sifilis anda boleh mendapatkan pemeriksaan atau ujian sekali lagi bagi mengesahkan status jangkitan anda. Tempoh sembuh adalah berbeza bagi setiap individu.
Sekiranya anda telah menjalani ujian HIV dan disahkan negatif, anda tidak perlu risau tentan risiko jangkitan ini. Untuk makluman anda, ujian bagi HIV dan sifilis adalah berbeza. Ujian bagi mengenal pasti virus tertentu hanya akan dilakukan jika dipinta sahaja.
Setelah sembuh, anda dan pasangan boleh melakukan hubungan kelamin seperti biasa tanpa kondom. Namun, adalah diingatkan agar anda menjauhi perkara yang boleh menyebabkan jangkitan seksual seperti bertukar pasangan atau menjalankan hubungan seks rambang.
Seperti yang telah saya terangkan tadi, tiada masalah untuk mendapat anak yang sihat jika anda telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.