
Sulit
4 tahun
Pertanyaan tentang Berak
Salam sejahtera, saya lelaki dan dalam 1 minggu ini saya dapati berak saya macam air tapi ada biji2 berak kecil. Dalam 7 hri setiap hari ada 1 or 2 kali berak. Berak warna brown kuning mcm tu. Dan saya dalam keadaan window period. Adakah ini simpston hiv? Mohon bantu tuan puan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami kebimbangan anda tentang simptom yang anda alami sekarang. Saya akan cuba untuk membantu anda memahami sedikit sebanyak tentang penyakit HIV .
Untuk makluman anda, HIV pada peringkat awal tidak menunjukkan simptom yang spesifik. Hal ini kerana sistem imunisasi badan masih kuat untuk melawan virus tersebut. Namun sebahagian pesakit mungkin mengalami simptom berikut pada peringkat awal jangkitan HIV:
- Demam dan menggigil
- Ruam
- Berpeluh pada waktu malam
- Sakit kepala
- Cirit-birit - berak cair
- Sakit otot
- Kelenjar bengkak
- Ulser mulut
Namun demikian, simptom simptom yang dinyatakan diatas adalah tida spesifik hanya untuk pesakit HIV kerana simptom ini sangat biasa dialami oleh seseorang individu. HIV hanya boleh disahkan melalui ujian darah di makmal, klinik atau hospital.
Jangan biarkan penyakit kelamin menghantui anda ! Dapatkan nasihat pakar yang bertauliah .
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.