
Sulit
4 tahun
Pertanyaan tentang Hemoglobin
Saya wanita berumur 29 tahun, sebelum ni saya kerap derma darah. Sejak 5-6 bulan ni HB saya selalu rendah, saya dah makan acid folic & makanan untuk tambah darah. Semalam 13/08/19 saya pergi ke Pusat Darah Negara untuk derma darah, apabila jururawat mengambil darah saya untuk periksa tahap HB saya, HB masih rendah iaitu 11.4. Pada 3 minggu lepas saya pergi untuk derma darah, tahap HB saya tetap rendah iaitu 12.0. Dan juga saya mengalami kitaran haid yang tidak betul.
Adakah itu masalah normal untuk semua orang perempuan?
Terima Kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman cik, masalah anemia boleh berpunca daripada pelbagai masalah dan memerlukan rawatan akibat antara komplikasi serius adalah jantung akan terjejas. Antara faktor utama anemia adalah:
Kekurangan zat besi atau vitamin B12 : Masalah ini bukan sahaja boleh berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang termasuklah pengambilan minuman alkohol malahan haid yang banyak, wanita yang hamil, buasir atau pendarahan dari perut, masalah usus seperti radang usus dan kanser.
Thalassemia : Ini adalah penyakit di mana struktur sel darah merah tidak terbentuk dengan normal. Ini adalah penyakit melibatkan masalah genetik yang dapat diwarisi. Sehubungan dengan itu, doktor juga perlu mengenalpasti jika keluarga anda juga mengalami masalah yang sama.
Haemolytic anaemia : Anemia di mana sel darah merah dihapuskan akibat daripada infeksi, kanser, leukemia, limfoma, ubat-ubatan dan penyakit di mana sistem pertahanan badan menyerang badan sendiri (penyakit ‘auto-immune’).
‘Aplastic anaemia’ : Penyakit ‘aplastic anaemia’ adalah keadaan di mana sumsum tulang tidak menghasilkan dara. Antara penyebab ‘aplastic anaemia’ adalah racun, jangkitan virus seperti HIV, EBV, pendedahan kepada radiasi, kemoterapi.
Segera berjumpa doktor jika:
- Terdapat pendarahan yang terlalu banyak seperti apabila haid atau cedera
- Terdapat simptom di atas yang tidak hilang seperti penat, lelah, pitam, jantung berdebar, kulit pucat
- Masalah sistem pencernaan: Cirit birit, tidak lawas, kekurangan berat badan, najis berdarah
- Terdapat sejarah penyakit genetik yang membawa kepada anemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.