
Sulit
4 tahun
Pertanyaan tentang hiv lelaki
Saya lelaki dan telah melakukan seks cucuk pada 1 bulan lbh… saya nak tanya apakah simpton yang akan kena masa window period. Sebab tangan lengan saya (tempat ambil darah) telah ada biji2 merah… bila picit dia makin besar… dan x sakit n gatal… kelihatan merah dan tgn2 mcm ada putih2… mohon bantu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Berdasarkan pertanyaan anda, window period HIV adalah tempoh waktu diantara dijangkiti (melalui aktiviti berisiko dan sebagainya) sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang adalah berbeza-beza, namun rata-rata adalah sekitar 3 minggu.
Untuk makluman anda, semasa windiw period seseorang itu mungkin mengalami simptom yang serupa dengan selesema atau virus biasa yang lain iaitu:
- kelenjar yang membengkak
- sakit kepala
- ruam
- demam
Simptom tersebut mungkin berlarutan dari beberapa hari hingga ke beberapa minggu. Akan tetapi, pada tahap jangkitan yang awal, seseorang itu mungkin tidak mengalami apa-apa gejala sehingga tidak menyedari bahawa dirinya telah dijangkiti HIV.
Berkenaan dengan keluhan biji-biji merah pada tangan anda, ianya memerlukan evaluasi yang lebih lanjut terhadap keadaan kawasan kulit tersebut supaya punca sebenar masalah ini dapat dikenalpasti. Oleh itu, pemeriksaan fizikal adalah diperlukan selain maklumat yang lebih terperinci tentang rekod kesihatan anda. Bagaimanapun saya menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan semakin teruk atau anda mengalami simptom seperti yang dinyatakan di atas. Hal ini agar rawatan awal yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih