
Sulit
4 tahun
Pertanyaan tentang rahim yang tidak sihat atau mandul
selamat malam doc,pertanyaan sya ni tentang masalah rahim…bagaimanakah menggelak daripada rahim yang tidak sihat dan mengakibatkan mandul…sya suda khawin dan belum mempunyai anak…selama 2 thn sya masih belum ada anak…ketika sya dan suami sya bersetubuh dan tunggu seminggu sya hairan dan belum ada perubahan pada perut sya lagi lagi sya risau akan rahim sya ni,doc apa kah sya mandul?..sya risau doc bagaimanakah menggelak daripada kes masalah rahim…sya juga teringin ada anak tpi sampai sekarang sya masih belum ada anak doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, perkara yang anda nyatakan tidak boleh menyebabkan kemandulan atau membawa buruk kepada kesuburan.
Antara punca ketidaksuburan bagi wanita:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan
- masalah kekurangan hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- kesan jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Kaedah terbaik untuk meningkatkan kemungkinan anda hamil dengan cepat adalah memastikan bahawa anda melakukan hubungan seks pada waktu yang tepat dalam kitaran anda. Sekiranya anda mempunyai kitaran biasa, anda akan mengalami ovulasi pada hari ke -14 atau dua minggu sebelum kitaran haid baru. Untuk mengetahui waktu kesuburan, anda boleh menggunakan kaedah kiraan ataupun kalender untuk setiap kitaran. Sentiasa merancang tarikh dan waktu yang sesuai untuk bersama dengan pasangan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.