
ab.rahman.awang67
5 tahun
Pertanyaan tentang ubat darah tinggi Aprovel dari Sanofi-Aventis
Sekarang saya mengambil Aprovel 300mg. Apa beza Aprovel dengan Co Aprovel.
Baru-baru ini saya terbaca artikel di sini https://www.usatoday.com/story/news/health/2019/01/18/prinston-pharmaceuticals-recall-irbesartan-blood-pressure-medicines-fda-valsartan-losartan/2618695002/
tentang ibesartan yang di panggil balik kerana mengandungi bahan penyebeb kanser. Boleh beri pencerahan?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, Aprovel mengandungi irbesartan, sementara Co Aprovel adalah gabungan antara irbesartan dan hydrochlorotiazide. Keduanya sama berfungsi dalam menurunkan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
Pharmaceutical recalls (produk dipanggil balik) biasanya terjadi apabila terdapat impurity ataupun bahan kimia asing yang terbentuk dalam produk biasanya tergantung kepada syarikat / kilang yang memproduksi produk tersebut. Justeru, dalam kes anda, anda boleh memeriksa nama pengilang ubat anda di laman web FDA.
Untuk info dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.