Sulit

4 tahun

Pertukaran Cucuk Perancang Kepada Pil Perancang

Saya wanita berumur 21 tahun… Saya ada dua pertanyaan…

  1. Saya baru sebulan menggunakan Cucuk perancang dan harini saya harus cucuk perancang… Tapi saya mahu tukar kepada pill perancang… Dan pil perancang tersebut adalah pil yasmin… Macam mana ye permulaan permakanan pill perancang yasmin ni… Sbb ade 2 jenis dos yg berlainan mengikut hari… Adakah saya perlu makan mengikut pada hari yg di terterakan pada pill perancang iaitu hari rabu (harini rabu) atau ikut pil yg pertama iaitu tertulis ahad (makan pada hari ini rabu)???
  2. Bagaimana ye kalau saya terlewat 1 / 2 hari… Perlu makan dos yg mana??

Dos pada pil yasmin

  1. Drospirenone 3.000mg
  2. Ethinylestradiol 0.030mg

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami keinginan anda untuk menukar kaedah kontraseptif daripada penggunaan suntikan Depo-Provera ke pil perancang Yasmi. Sekiranya anda ingin menukar ke kaedah pil perancang, kami nasihatkan anda menerima nasihat daripada doktor terlebih dahulu mengenai penggunaan ubat ini serta mendapatkan preskripsi yang sah.

Selalunya, penukaran daripada suntikan Depo ke pil perancang Yasmin adalah dibenarkan. Cara untuk menukar tersebut boleh dilakukan sehari selepas suntikan Depo yang sepatutnya diambil. Bermaksud jika anda telah mengambil suntikan Depo sebelum ini, anda sebolehnya tunggu sehingga suntikan seterusnya, tetapi bukannya mengambil suntikan yang baru tetapi mengambil Pil perancang Yasmin tersebut pada keesokan harinya. Walaubagaimanapun, penukaran tersebut boleh sahaja dilakukan pada bila-bila masa sahaja, cadangan di atas adalah untuk keberkesanan yang maksima.

Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik

Berikut adalah tips menggunakan pil yasmin:

  • Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.

  • Jika anda terlupa mengambil pil pada waktu biasa anda, makan terus sebaik sahaja anda ingat. (Jika anda terlepas lebih daripada satu pil, hanya makan pil terakhir yang anda terlepas.) Ambil pil seterusnya pada masa yang biasa anda makan.

  • Sekiranya anda terlupa makan kurang dari 3 jam, anda masih dilindungi dan tidak perlu menggunakan kontrasepsi tambahan.

  • Jika lebih daripada 3 jam makan pil, anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Anda dinasihatkan tidak melakukan hubungan seks atau anda perlu menggunakan kaedah kontrasepsi tambahan (contohnya kondom) untuk dua hari akan datang, dan mesti terus mengambil pil anda seperti biasa.

Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang pil perancang kehamilan. Terima kasih.
AdobeStock_59157407

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)