
Sulit
4 tahun
Perut berangain & lidah rasa macam terbakar
Sy lelaki 27thn… dah dekat sebulan lebih perut bergelora angin Kerap kentut&sendawa, selera makan kurang sedikit. Buang air besar pun najis sgt sedikit berketul-ketul. Sekarang lidah pula rasa mcm terbakar tapi di bahagian belakang sahaja. Rasa dahaga nampak seperti ada lubang kecil di sisi kiri dan kanan bahagian belakang lidah… ujian darah dan x-ray dah buat di hsptal swasta sini saya jumpa doc pakar perut. Result keluar doc call sy ckp result ok tak ada apa2… apa pandangan doc di sini pula ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang perut berangin dan bergelora.
Saya tidak boleh menyimpulkan sebarang kondisi perubatan kerana saya perlu menilai keputusan darah dan xray terlebih dahulu. Saya menasihatkan anda untuk bertanyakan kepastian daripada pakar yang merawat anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan pelbagi perkara. Antaranya:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Bagi masalah lidah, anda boleh berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan pandangan mereka kerana mereka lebih arif tentang kesihatan oral.
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor sekiranya anda mengalami
- Gejala yang berpanjangan
- Mengganggu aktiviti harian
- Perubahan warna najis
- Turun berat badan mendadak
- Sembelit
- Sakit perut berpanjangan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.