Sulit
3 tahun
Perut berangin dan sukar untuk tidur
Saya lelaki berumur 47 thn, Oct 2018 sy mengalami masalah perut berangin. Sy mendapat rawatan pakar pada Dec 2018, disahkan terkena jangkitan Hpylori. Rawatan dan antibiotik telah diberikan dan ujian lanjutan meengesahkan tiada jangkitan lg. Masalah angin dlm perut masih ada lg, sy juga telah membuat CT Scan bahagian perut, semua normal tetapi esophageal sphincter tidak dapat menutup dengan baik. Blood Test semua ok. Selain perut berangin, sy jugak sukar untuk tidur sejak Dec 2018. Paling ketara sy kehilangan otot terutama pada bahagian kaki, peha dan perut. Kulit kaki menjadi semakin kering. Adakah semua nie berkaitan dengan masalah sukar tidur sy. Harap dapat pandangan dari Doc. TQ
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu perut berangin dan kesukaran untuk tidur. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Perut berangin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
- Ulser perut yaitu luka di lapisan dinding perut
Masalah kesukaran tidur merupakan antara gejala yang dialami mereka yang memiliki masalah:
- Insomnia
- Depression/ tekanan
- Anxiety/ Kebimbangan
Anda boleh cuba melakukan senaman di rumah dan memastikan diri anda minum air secukupnya. Selain itu, anda boleh menyibukkan diri dengan melakukan pelbagai aktiviti di rumah sehingga badan terasa penat dan mudah untuk tidur.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.