Sulit
3 tahun
Perut berbunyi dan cepat rasa lapar
Hye…saya perempuan berumur 27 tahun…perut saya kerap sangat berbunyi walaupun lepas makan…saya juga cepat rasa lapar dan rasa macam tak puas makan,walaupun sudah makan dalam kuantiti yang banyak…apa yang saya perlu lakukan doktor…adakah saya kena gastrik…tq
3 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan anda
Mendengar keluhan anda, masalah yang anda hadapi iaitu perut cepat berbunyi walaupun sudah makan dengan banyak adalah bukan simptom gastrik. Namun, kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk membuat rumusan.
Penjagaan sistem penghadaman penting untuk kesihatan anda.
Sekiranya simptom anda berterusan, saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di Klinik atau Hospital berdekatan bagi mendapat diagnosis yang lebih tepat. Anda juga boleh berhubung dengan Pakar kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara peribadi. Terima kasih.
Dapatkan nasihat Pakar Gastroenterologi tentang penyakit gastrik anda !