
Sulit
4 tahun
Perut buncit selepas hari kedua melakukan seks
saya melakukan seks ringan pada 12 hb dengan meletakkan zakar di luar vagina sahaja, tetapi selepas dua hari perut saya buncit, pperubahan pada perut saya mudah dikenalpasti kerana saya seorang yang kurus, next period pada 20/6. boleh ke nampak perubahan perut selepas 2 hari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berkemungkinan anda mengalami masalah perut kembung kerana masalah ini boleh menyumbang kepada perubahan perut secara drastik seperti yang anda alami.
Masalah kembung kebanyakan disebabkan tabiat pemakanan. Antaranya adalah;
Sayur-sayuran Cruciferous: seperti brokoli, kubis, bak choi dan kale. Makanan ini berkhasiat jadi anda tidak perlu mengelakkannya. Namun saiz hidangan ini haruslah dikurangkan dan dimasak sepenuhnya.
Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
Tekanan atau kebimbangan
Intoleransi makanan
Penyakit radang usus
PMS- Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.