
Sulit
4 tahun
Perut cramp dan period tk lancar serta mslh pencernaan yg tidak lawas
Saya sentiasa mengalami mslh sakit perut yg kerap. Kemudian saya juga mempunyai mslh period yg sudah tidak dtg selama 7 bulan dan sakit tumit serta bdn .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit perut dan juga haid.
Sakit perut yang anda nyatakan terlalu umum dan saya perlu bertanyakan soalan lanjut tentang sakit perut yang anda alami. Bagi masalah haid tidak datang, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda tidak datang haid buat jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk mengetahui masalah sebenar anda. Sekiranya masalah haid anda berterusan, sila berjumpa dengan doktor di klin ik bagi mengetahui keadaan sebenar supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.