Sulit
4 tahun
Perut , dada dan nafas pendek terjadi
Saya lelaki berumur 43 tahun selalu mengalami perut kembung sehingga seperti ada sesuatu yg bergerak.dada sering terasa sejuk tersiram air ais dan nafas pendek.Saya mengalami penyakit ini sejak 2008 - 2021.Boleh dikatakan setiap hari mengalami simptom seperti di atas.Saya sudah dibedah untuk membuang batu didalam hempedu tetapi nafas pendek seperti nak mati tu tetap terjadi sampai sekarang.saya pergi ke klinik swasta dan saya dikatakan mengalami stress yang melampau sehingga datangnya panic disorder.Hanya ubat Lexotan dan ubat artivan yang membantu saya sihat dan cergas.
Pertanyaan saya:Adakah ada ubat lain yang boleh menyembuhkan panic disorder ni dan masalah perut saya ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Masalah psikologi:
- Kemurungan
- Keresahan
- Stres atau tertekan
- Kurang rehat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Untuk menjawab persoalan anda, ubat yang disebutkan oleh anda digunakan untuk mengawal mood dan masalah keresahan atau panik yang dialami. Selain ubat-ubatan, psikoterapi juga boleh digunakan sebagai salah satu jalan untuk mengawal masalah yang dialami oleh anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























