
syarifahazirahh
5 tahun
Perut kembung dan period lewat
As’salammualaikum dan salam sejahtera, saya wanita berumur 25 tahun masih belum berkahwin. Saya nak tanya Dr, period saya bulan lepas 24hb julai - 29hb julai. Tp bulan ogos period saya takdatang lagi sampai la hari ni 31 ogos. Badan saya sakit seperti breast saya bengkak, sembelit dan perut kembung. Tp period haid tak jugak datang, selalunya kalau tanda2 sakit macam ni… sebelum ni, period saya flow mcm biasa. Tp tidak kali ni, saya sembelit dan angin di bdan sangat banyak. Macam mana ya Dr?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah fibroid atau endometriosis - memerlukan pengesahan melalui ujian ultrasound
- Masalah polycystic ovarian syndrome - memerlukan pengesahan melalui ujian ultrasound
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.