
Sulit
5 tahun
Perut mengeras dan sakit pinggang
Saya ada masalah period tidak teratur dari zaman dulu lagi… Skg saya berusia 28tahun dan sudah kahwin 6tahun tetapi belum ada anak lagi… Last period sy bulan 2 16hb-20hb… Pada bulan 3 saya x period… Pada bulan 4 perut saya mula mengeras kdg2 dan sakit pingang… Pada 17/4 saya makan nenas sebiji dan perut sy makin sakit… Pada 19/4 saya telah BD dgn suami… 20/4 sy turun coklat/hitam sehinga 27/4 hanya coklat/hitam dan terlalu sikit sehingga saya tidak perlu memakai pad langsung sepanjang itu… Coklat/hitam tue hnya ada bila saya tekap pantyliner ke miss V saya…,disebabkan risau sy telah pergi ke klinik pd 27/4 pg dan telah diberi ubat lawas darah saya sempat makan 2 biji dan pd malam itu tiada lagi coklat/hitam… dan pada 2/5 sy telah BD dengan suami sy dan keesokkan hari turun darah sedikit dan coklat/hitam selama 2 hari saja… Tapi sehingga hari ini perut saya mengeras tiap2 hari dengan lebih kerap dan pinggang saya terlalu sakit…saya dah cuba upt tapi negatif… Apa perlu saya buat??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar rawatan yang sesuai boleh diberikan dan kaunseling tentang perancangan anda untuk hamil dapat diberi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.