
amieraidayu69
4 tahun
Perut sakit belah kiri bawah
hi , saya nak tanya . bulan feb tahun ni saya pernah operation appendic then dah okey . tanda dia saya sakit perut belah kanan . lepas dari 3-4 bulan macamtuu tiba tiba rasa macam sakit perut bawah belah kiri pulak lepastu saya pergi checkup balik dekat hospital . doc dah scan semua tapi takde masalah apa pun , saya pun okey jelaa sebab sakit tu tak kerap . tapi saya perasan since operation tu period saya jadi tak teratur . saya period 2kali dalam masa sebulan sampai laa sekarang which is saya kalau period selalunya 9 hari baru habis . lepastu sekarang makin lama makin kerap pulak sakit perut bawah belah kiri ni . bila saya cuba tarik nafas dalam dalam lagi tambah sakit dan perut saya bahagian bawah lagi besar dari perut atas macam orang mengandung pun ada . boleh minta pencerahan ?
UPDATE
saya dah pergi ke klinik pakar wanita . saya minta untuk scan dan dr scan tiada apa apa . doc cakap mungkin dalaman saya meregang sebab pernah buat operation appendic feb haritu sebabtu ada rasa sakit , dan saya tanya jugak tentang period saya yang datang 2 kali sebulan tuu , doc cakap sebab hormon . adakah semua itu betul ? atau saya perlu buat checkup penuh dihospital untuk mengetahui punca perut saya sakit bila ditekan ni ? mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit perut dan masalah haid.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya cukup yakin doktor yang merawat anda telah memberi penjelasan yang betul kepada anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah haid berpanjangan dan tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Sekiranya anda masih ragu tentang kondisi anda, anda boleh melawat hospital lain untuk mendapatkan pemeriksaan dan pandangan daripada doktor lain.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.