
Sulit
5 tahun
Perut sakit perut memulas 20mnit sekali
Saya mngalamai sakit perut (memulas) sejam ssmalam. Dh lbh 24jam.memulas yg teramat Sgt… Tp xde tnda2 utk buang air bsr. Tahap memulas tu Sgt sakit hgga kan Kdg2 rsa mcm sakit nk brsalin. Td sy dh pergi check d hospital krajaa,n doc ckp terslh mkn… Mklum la bln2 puasa ni. Doc bg ubat memulas. Tp sjk blk… Dh 2x sy mkn… Tp sakit x hlg… Tetap memulas dlm 20mnit sekali. Dan hari ni jgk sy ada rasa sakit blkg belah kiri. Blh x doc bgtau serba sedikit sakit yg sy alami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut di bahagian tengah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.