
Anonymous
5 tahun
Perut sedikit kembung sebelah kiri
Saya wanita berusia 27 tahun. Saya ada mengambil pil postinor ada rabu minggu lepas. Pada harini, suami menegur saya kerana perut saya sedikit kembung di bahagian kiri. Tidak terlalu obvious kembungnya cuma nampak tidak seperti biasa. Jika ditekan tidak sakit dan saya tidak rasa sakit. Adakah ini kesan dari postinor atau sakit yang lain.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kesan sampingan Postinor 2 adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Dalam sesetengah kes, 2-3 hari selepas penembusan pengambilan tablet, pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan.
Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan jika keadaan berterusan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih