
Sulit
4 tahun
Perut sentiasa sakit
Hi doc sy ada masalah skit dalam perut… Sakit perut tu rasa macam dicucuk… Kdang² rasa macam perot kefem… Adakah ia normal

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut di bahagian tengah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.