
Sulit
3 tahun
Perut seperti lapar dan badan lemah
saya ingin bertanya,apa punca saya tiba2 rasa seperti susah bernafas,badan lemah seperti lapar,dan seperti ada sesuatu di tekak atau kerongkong membuat kan susah bernafas…saya ada sakit tekak dan doktor cakap ada bengkak…tapi tiada apa masalah pada oxygen dan paru2 menurut doktor…sudah ke hospital dan banyak klinik tapi doktor cakap tiada apa2…ia sering terjadi jika saya tiba2 rasa lemah seperti lapar dan sukar bernafas…tolong apa patut saya lakukan…adakah saya perlu ke hospital untuk ambil darah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Pembesaran amandel
- Penyakit kelenjar seperti tiroid
- Penyakit tekak seperti keradangan
- Penyakit gastrik
- Kencing manis
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.