
Sulit
4 tahun
Pesakit berasa sakit disebabkan luka dan apabila disararankan oleh doktor untuk makan ubat tahan sakit
Bolehkan mengambil ubat tahan sakit ketika pesakit masih dibawah pengaruh dadah? Apakah kesan sampingannya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman pihak anda, saya memerlukan maklumat lanjut tentang jenis dadah yang diambil. Hal ini kerana tindak balas ubat adalah berbeza mengikut jenis dadah yang diambil.
Selain itu, pengambilan dadah boleh menyebabkan pelbagai implikasi kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Bergantung kepada jenis dadah yang diambil, ia boleh menyebabkan kerosakan hati, meningkatkan risiko jangkitan HIV, menyebabkan masalah psikiatri seperti berhalusinasi. Maka, anda perlu menasihati rakan anda agar tidak mengambil dadah sewenang-wenangnya melainkan ubat-ubatan doktor.
Sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.