
Sulit
3 tahun
Pesakit covid habis quarantine bolehkah bersama dengan suami?
hai… saya nak tanya… saya pesakit covid stage 2 . tapi sekarang sudah tidak bergejala. Seleps saya habis quarantine 14 hari. adakah saya boleh bersama (seks) dengan suami ? suami saya sudah selesai terima vaksin 2 dos.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pertanyaan anda, anda ingin mengetahui sama ada boleh atau tidak berhubungan seksual setelah tamat tempoh kuarantin. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda telah disahkan sembuh daripada jangkitan COVID-19 dan tidak bergejala, serta suami anda juga tidak dijangkiti COVID-19, hubungan seksual adalah dibolehkan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk membuat ujian saringan COVID-19 di rumah, secara pandu lalu atau di klinik.