
Sulit
4 tahun
Pesakit darah tinggi dan supplement tambahan
Saya pesakit darah tinggi(makan ubat)on labetolol 2biji 3x sehari dan nifidepine 1 biji 3x sehari bolehkah Saya mengambil supplement seperti garlic oil/tablet dan vitamin c

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berikut adalah kandungan ataupun dos harian vitamin yang diperlukan bagi setiap individiu:
Vitamin C:
- Remaja : 65mg/hari
- Dewasa : 70mg/hari
- Wanita hamil : 80mg/hari
- Wanita menyusukan : 85 mg/hari
Sebetulnya kesemua keperluan harian vitamin diatas dapat dicapai melalui pemakanan sahaja. Akan tetapi bagi sesetengah yang lebih suka makan supplemen, adalah amat digalakkan untuk anda membaca keterangan dan arahan pengambilan vitamin.
Bagi info dan keterangan tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.