
Sulit
4 tahun
Pesakit diabetes ada masalah Mati pucuk
Sy mengalami masalah mati pucuk. Sebelum ini sy telahcuba ubat zydena yg recommended by dr. Sri Viknarajan tapi tidak berkesan. Sy ada penyakit diabetes

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah mati pucuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Memandangkan anda juga mempunyai masalah kesihatan kencing manis yang juga antara punca yang menyebabkan mati pucuk, berkemungkinan penyakit tersebut harus dikawal dengan optimum. Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut serta rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.