
Sulit
3 tahun
Pesakit hiv gagal hadir temu janji ditetapkan dan terputus bekalan ubat
saya berumur 20an , saya penghidap HIV dan baru dapat rawatan haart dalam 4bulan . selepas 4 bulan ini saya telah putus rawatan dan ubat disebabkan kecuaian saya tidak hadir appointment saya dengan doktor pakar kerajaan . saya nak tanye adakah saya akan di caj ape2 bayaran untuk teruskan rawatan dan ubat kerana gagal rawatan saya yg pertama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami anda menghidapi penyakit HIV dan telahpun menerima rawatan HAART, tetapi anda tidak enghadiri appointment dan telah putus rawatan. Kami akan cuba membantu anda.
Kepatuhan ubat adalah amat penting untuk memastikan kadar virus sentiasa terkawal dan bilangan sel CD4 meningkat dalam badan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor anda secepat mungkin untuk mendapatkan semula rawatan HAART. Anda tidak anda menerima sebarang caj tambahan untuk rawatan anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.