Sulit
5 tahun
Pesakit positive Covid-19 yang dah tamat tempoh kuarantine
Saya dah habis tempoh kuarantine, jadi adakah saya perlu buat second test PCR atau hanya kontak rapat saya sahaja? Adakah bila dah habis tempoh kuarantine saya akan menjangkiti orang lain sebab virus ni akan kekal 3-4bulan dalam badan saya kan? Jadi macam mana dengan rutin dan cara hidup saya selepas tamat tempoh kuarantine ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Umum mengetahui, wabak COVID-19 di negara kita masih belum berakhir, justeru, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, secara umum, setelah tempoh kuarantin 14 hari, anda perlu hadir ke klinik kesihatan untuk penilaian akhir dan pelepasan daripada kuarantin. Anda tidak perlu menjalani swab kedua.
Walaupun hasil ujian berkemungkinan akan kekal positif pada pesakit COVID-19 yang telah sembuh, namun, ia tidak menjangkiti orang lain. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan langkah pencegahan seperti menjaga jarak serta memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah memandangkan wabak ini masih aktif merebak. Apa yang membimbangkan adalah bekas pesakit COVID-19 juga mempunyai risiko untuk dijangkiti semula.
Untuk pengetahuan anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian saringan ( swab test ) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Selain itu, sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. . Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi.Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































