Sulit
4 tahun
Pil cina ataupon pil hormon
Saya wanita berumur 23 tahun…sy tlah mkn pil cina atas sbb ingin menegangkan payu dara…adakah pil cina ini menganggu perjalanan period sy…sy agak rsau kerana sy ad mmbuat hbngan bersama teman lelaki sy secara ringan…tetapi tidak memasukkan ke dlam …cuma luaran shaja…adakah kemungkinan sy mengandung ataupun kesan pil cina itu…maaf sy btanya
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan adalah diperlukan kerana ubat cina yang anda maksudkan tidak diketahui bahannya dan status lulus Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengenai status kehamilan anda pula, maklumat adalah tidak jelas mengenai hubungan yang anda dan teman lelaki anda lakukan dan tidak diketahui samada air mani ada terkena pada kemaluan ataupun tidak. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.