Sulit
3 tahun
Pil dienille..adakah mempunyai kedua2 kumpulan hormon
Adakah pil perancang dienille ni mempunyai kedua2 kumpulan hormon?sejauh mnakah keberkesananya?sy baru mwmulaknya hari ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, pil perancang dienille ini merupakan pil perancang gabungan (COCP) yang mengandungi ethinylestradiol dan dienogest. Pil ini sangat berkesan dalam mengelakkan kehamilan sekiranya diambil dengan betul seperti yang diarahkan.
Selain itu, memandangkan anda baru sahaja mengambil pil tersebut, ianya akan mengambil masa sebelum ianya berkesan. Oleh itu, kaedah perancang alternatif lain adalah disarankan sekiranya anda melakukan hubungan intim dengan pasangan anda dalam 7 hari ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.