
Sulit
4 tahun
Pil gugur yang kurang side effect
Kawan saya 22 tahun terlanjur berhubungan dengn kekasinya. Apakah pil yang kurang side effect dan berkesan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi kawan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, kami tidak dapat memberikan rekomendasi tentang pil perancang kecemasan yang perlu diambil. Perkara ini sebaiknya kawan anda perlu berbincang dengan pegawai farmasi atau doktor terlebih dahulu.
Berikut merupakan kesan sampingan yang biasa dilaporkan oleh pengguna pil perancang kecemasan:
- Perubahan dan gangguan kitaran haid
- Pendarahan yang banyak selepas menggunakan pil tersebut
- Mual-mual
- Muntah
- Sakit perut
- Perubahan mood
- Pening kepala
- Sakit kepala
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Setiap orang menunjukkan kesan sampingan yang berbeza dan terdapat juga individu yang tidak mengalami apa-apa kesan sampingan setelah menggunakannya. Penggunaannya haruslah dihadkan kerana pil perancang kecemasa mengandungi dos hormon norethisterone yang tinggi.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.