
Sulit
4 tahun
Pil gugurkan kandungan
Sy wanita berumur 33thn, dan baru tahun lepas bercerai selama 15thn berkahwin, Ada anak seorg hasil perkhawinan dlu,disni sy nk tanya sy Ada kenalan @ bf dan sudah lakukan hubungan seks dgn dia, selama melakukan itu sy tdk gunakn apa2 pencegahan, di sbbkn selama sy bersama dgn ex dulu, sy xperna guna apa2 pencegahan,tapi sy rasa kn Ada kelainan pd diri sy,pd bulan 2 tu sy Ada beli pregnant test, dan mencuba sy dapati Ada line 2 dn 1 xterang, menandakn itu positive😭… Sy belum bersedia utk Ada anak lg, di sbbkn byk hal yg perlu sy selesai kan lg… Sy mau gugurkan kandungan sy ini… Tlg sy… Sy nk tahu pil apa yg perlu sy beli utk ggurkn kandungan ne… Sy mmg nk gugurkan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, sekiranya anda ingin mengugurkan kandungan anda, anda harus mendapatkan nasihat doktor. Hal ini kerana undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati.Akan tetapi jika kandungan ini merupakan kandungan yang tidak diingini, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera. Anda tidak digalakkan untuk melakukan proses penguguran dengan sendiri kerana ianya merbahaya dan boleh menyebabkan komplikasi kepada kesihatan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.