
Anonymous
6 tahun
PIL hormon untuk umrah/haji
Saya ingin mengerjakan ibadah haji pada 7 Aug ini. Bilakah masa paling sesuai untuk saya mengambil pil atau injection bagi menghalang haid saya ketika saya mengerjakan haji

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Mengenai pengambilan pil untuk menghalang haid untuk ke umrah:
- Sebaiknya 3 hari sebelum jangkaan haid tiba dan berhenti setelah sekembali ke tanah air.
- Jika anda terlupa mengambil pil pada waktu biasa anda, anda disarankan untuk ambil pil seterusnya sebaik sahaja anda ingat.
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pil yang boleh digunakan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.