
imranismail73
5 tahun
Pil kurang berat badan
Saya berusia 46 tahun ada diabetes darah tinggi dàn kena serangan strok pada 2017 boleh berjalan cuma menggunakan tongkat . Berat badan salam 85-90kg. Saya nak cari produk weight loss saya ada terbaca tentang pil keto dàn keto diet. Bolehkah saya menggunanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am bagi masalah anda.
Diet ketogenik adalah diet yang mengandungi lemak yang tinggi, protein yang mencukupi serta diet rendah karbohidrat. Diet ini boleh membantu anda menurunkan berat badan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan pertama.
Namun oleh kerana anda menghidap diabetes anda perlu berbincang dengan doktor untuk mengamalkan diet ini.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih