
Sulit
5 tahun
Pil peranacang kehamilan
Saya berumur 20 tahun dan telah melakukan hubungan intim dan tidak bercadang untuk mengandung.bagaimanak caranya untuk saya dapatkan pil morning after?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, morning after pill ataupun pil perancang kecemasan terdiri daripada beberapa jenis dan harus segera dimakan dalam tempoh kurang 72 jam setelah berhubungan. Untuk membeli, anda boleh mendapatkannya di farmasi berdekatan atau melalui pesanan atas talian.
Silakan klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.