Sulit
5 tahun
Pil perancang belum habis tp dah period
Saya wanita berumur 26 tahun , saya ada ambil pil perancang jenama y****n , skrg sepatutnya pil perancang yg saya ambil dah 14 biji tp saya dah tertinggal 3 biji ( yang tertinggal pil ke 12,13,dan 14 ) kmudian saya terus period utk pil ke 15, ada spot warna coklat kmudian, darah merah pekat beserta senggut, sdangkan saya ada 9 hari lagi utk period , adakah bahaya dr ? Terima kasih dr, sudi bantu saya .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini normal jika anda terlupa untuk mengambil pil perancang. Anda harus terus mengambil ubat ini seperti biasa jika anda ingin merancang kehamilan. Pasangan anda juga disarankan untuk menggunakan kondom jika anda ingin merancang kehamilan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































