
imanwhiterose
5 tahun
Pil perancang berkesan atau tak?
Saya hanya makan pil perancang 7 hari , 7 hari stop sebab tak tahan dengan pil tu.
selepas 7 hari makan 7 hari stop , saya period.
Soalan saya, adakah selepas mkn yaz walaupun hanya seminggu, akan menyebabkan period? dan sekiranya ingin ambil semula yaz, perlu yg baru dari hari 1 atau sambung pil yg dah ada dan sambung pd hari 15 ?
mohon pencerahan. Terima Kasih.
saya ambil yaz bukan utk cegah hamil , utk stabilkan period. sbb saya ada pcos.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, pengambilan pil perancang adalah bergantung kepada jenis pil perancang yang anda ambil. Pengambilan pil perancang biasanya adalah perlu setiap hari.
Jika anda lupa mengambil pil, teruskan pengambilan pil apabila teringat semula dan teruskan pengambilan pil yang seterusnya pada masa yang lazim diambil. Jika jangka masa terlupa melebihi 12 jam (terutamanya bagi pil pertama atau terakhir pada paket) pencegahan kehamilan mungkin tidak berapa berkesan.
Oleh kerana ia mungkin tidak lagi berkesan, mulakan dengan paket baru tanpa berhenti selama tujuh hari. namun, anda disarankan untuk berbincang dengan pakar sakit puan anda, terutama sekiranya anda ingin menukar jenis pil perancang lain kerana anda mempunyai kesan sampingan terhadap pil perancang ini.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.