
Sulit
2 tahun
Pil perancang bernama loette
Maaf menggangu lagi tetapi ubat putih yg perlu dimakan selepas habis ubat loette tu apa ye? Boleh ke selepas consume ubat ni kita berhenti secara mengejut? Dan bila terasa ingin menyambung, makan sahaja? Memang kena start makan pada hari pertama menstrual sahaja ke? Tidak boleh start pada hari2 biasa ke? Untuk memastikan kepastian tidak mengandung tu memang kena habiskn satu papan dulu ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kehamilan boleh berlaku sekiranya berhenti secara mengejut. Ubat ini hanya boleh diambil pada hari pertama haid. Anda perlu menghabiskan ubat tersebut mengikut arahan yang ditetapkan. Sekiranya anda tertinggal, anda harus mengambil ubat secepat yang mungkin.
Anda perlu mengetahui tekanan darah anda kerana ubat ini tidak boleh diambil sekiranya anda memiliki darah tinggi. Selain itu, anda tidak boleh menghidapi gejala migraine yang teruk atas sebab yang sama.
Setelah anda mendapatkan ubat ini, terdapat sekeping kertas yang akan memberi arahan lengkap mengenai ubat dan bagi maklumat lanjut anda disarankan untuk menghubungi pihak farmasi.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih