
bby345
5 tahun
Pil perancang boleh menyebabkan positif hamil yang palsu
Saya berumur 23 thun dan bekerja dngn syarikat trtntu. Saya sebenarnya tidak bersedia lagi untuk hamil. Disini saya ingin menanyakan kepada dr adakah pil perancang boleh menyebabkan positif pregnant adalah palsu? Kerana sudah 3 pregnancy test yg mnunjukkan sy positif. The thing is saya tak rasa saya prgnnt. Dan sy rasa ia hanyalah hormon… sy sudah mngmbil pil perncng selama stahun tnpa berhenti dan skrg haid sy baru mula tidak teratur…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, pil perancangan kehamilan mempunyai peratusan efektivitas mencegah kehamilan sebanyak 85-90%. Hal ini bermaksud, dari setiap 100 orang yang mengamalkan pil perancang, terdapat 90 yang berjaya mencegah kehamilan, sementara 10 lagi akan hamil.
Memandangkan terjadi perdarahan, sekiranya terjadi perdarahan spotting, ia boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan
- Persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Sementara itu, andainya perdarahan yang terjadi adalah banyak (bukan spotting ). Kemungkinan terjadi kejadian berikut:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.