
yanhelmi78
5 tahun
Pil perancang dan air kelapa
saya mula makan pil perancang noriday pd thn 2005 selepas melahirkn ank ke dua…,sehingga skrg 2019 saya masih lagi mengambil noriday.baru2 ini saya dtg haid yg agjk sedikit selama 4 ari.pd ari ke 4 saya minum air kelapa dn pd mlm nya saya keluar darah berketul2 tanpa berhenti selama 1 jam…kini sudah hampir 17 hari masih ada sisa darah yg masih keluar bewarna coklat…soalan saya adakah di sebabkan minum air kelapa berlaku nya pendarahan yg byk atau di sebabkn minum air kelapa.umur saya 41 thn.tksh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Apabila perdarahan haid terjadi lebih daripada 18 hari, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.