
Sulit
4 tahun
Pil perancang dan mengalami pening kepala
Saya berumur 34 thn, sy ambil pil perancang yasmin dah masuk 2 papan, nk tanya dr kenapa sy mengalami sakit kepala, period lambat dan darah haid sikit sahaja. saya ada check upt tapi negatif…adakah pil yasmin ini xsesuai dgn saya…

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan pil Yasmin adalah:
- Rasa loya dan tidak sedap badan
- Sakit kepala
- Sakit payu dara
- pendarahan atau spotting dalam masa beberapa bulan pertama setelah mula mengambilnya
- Haid tidak sekata
- Perubahan mood
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kemungkinan anda tidak sesuai dengan pil perancang ini namun begitu, sebelum memberi cadangan pil perancang yang sesuai dengan anda, lebih maklumat tentang sejarah kesihatan anda harus ditanyakan. Hal ini kerana beberapa penyakit harus dielakkan penggunaan pil perancang hormon gabungan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.